Wednesday, February 1, 2017

Siapa lebih banyak?

A: Ada duit rm100
B: kesusahan
C: Ada duit rm10

A tolong derma rm30 kepada B, C tolong derma RM8 kepada B.

Yang diingati sampai mati dipuja2 tu selalunya si A lah.  Sebab dia derma 'banyak'... Realiti hidup!🙂

Monday, January 30, 2017

Pencapaian hidup

Ok hari ini jalan jauh tidak tahu berapa Km keningau-ranau tu.  2 jam perjalanan.  Ada family day yang pada awalnya tidak rasa mahu pergi ( teruk btl perangai). Pendekkan cerita kami ditakdirkan untuk pergi.  hahahaa... 

Family day tersebut agak boring sebab rasanya macam pg dengar ceramah. sorry penganjur kerana terpaksa berterus terang. walau apa pun sepanjang mendengar 'ceramah' tadi tiba-tiba terinspirasi pula dgn pakcik penceramah tersebut.  wahahaha...  bukan apa, sebenarnya saya nampak ini pakcik penceramah ni rupa dia macam pakcik kampung2 pegang cangkul atau pacik reban ayam..  ehh..  bkn menghina ah... Bapa sy pun keja pegang cangkul jg..ada  reban ayam lagi. Tiba-tiba  my mom berbisik.. "dia ni doc, ada phd" I was like...  woww😱. Saya memang kagum dengan orang yang ada PhD ni.  Gigih betul kau belajar geng.  Belajar setinggi itu pernah jadi impian saya suatu ketika dulu. Mimpi tinggal mimpi. Dalam ucapan dia tu sempat lagi dia perkenalkan beberapa orang yang ada dalam dewan tu Lawyer, ketua itu ini..  banyak lah lagi.. Lepas tu saya tengok wajah husband sy d sebelah dengan spek mata hitam dia penuh gaya.... Sebenarnya sbb mata dia silau tinggi..(konon) Dalam hati terdetik, begaya gaya kau begitu apa pencapaian terbesar dalam hidup ko? Saya? Kita?

Pencapaian terbesar dalam hidup sy setakat ini ada lah...  heheeheeheheh... 

Mungkin, kita tidak perlu membandingkan pencapaian orang lain dan diri kita sendiri kerana setiap manusia itu punya rezeki dan jalan hidup sendiri yang telah ditentukan Allah Swt.

Ada orang belajar setakat SPM, tapi rajin kerja hingga mempunyai berhektar tanah dengan tanaman sawit. (uncle)

Ada orang ditakdirkan tidak habis sekolah, tapi mahir dalam bertukang sehingga boleh bina rumah sendiri dengan tangan sendiri..  hingga dapat bayar tanah dengan kudratnya. Hingga anak2nya boleh berteduh dengan selesa. Berapa ribu jimat? (my dad)😘

Ada ibu yang berhenti kerja utk jaga anak dapat membesarkan anak hingga anak2nya semua berjaya dapat pekerjaan yang bagus.  (aunty)

Apa lagi arh...  eii.. Banyak la bah jenis pencapaian manusia ni.  bukan lah pelajaran semata-mata..
Ilmu itu luas, jika ada yg lebih luas dari lautan begitu lah luasnya ilmu..
Cuma apabila kita punya sijil, orang akan memandang kita dengan satu pandangan berbeza dari ilmu manusia yang tiada sijil.

Bagaimanapun hidup, walau ku kira tidak perlu membandingkan takdir kita, sekurang-kurangnya cipta sedikit wawasan atau matlamat hidup dan usaha lah untuk merealisasikannya..  Tdk kira lah besar mana matlamat itu..  ingin penuhkan tabung duit syiling hingga bulan dec tahun ni pun kira matlamat la tu..  klu brjaya penuh kira besar la pencapaian ko tu.  ngeh ngeh ngeh..

Setakat hari ini, apa pencapaian terbesar dalam hidupmu?? 😉

Saturday, January 28, 2017

Broken

Sepanjang 2 bulan lebih cuti bersalin ni sy jarang2 handle ditdit.  mandikan dia cebok berak, masak dan suapkan semua tu diurus oleh daddy dia atau babysitter.  kerja saya jaga baby dan malar breastfeeding.  tidur malam pun saya atas katil dgn baby, dia d bawah with dady.

Kesannya? Ditdit jadi lebih rapat dengan daddy dan lebih mahu dengan babysitter dia berbanding saya...  u know what? I feel broken..  😭

Ditdit umur 1tahun 7bulan 4hari saya melahirkan anak no. 2.

U know what my dear ditdit, sejak lahir sampai umur u 1y7m. Walau dalam kerja pun sy pulang rumah just to do nappy change..  selagi saya di rumah, jarang sekali sy suruh pembantu utk cebok berak dan mandikan u... Malah utk cuci kain dan jemur kain pun tidak pernah saya suruh pembantu buat.. Pembantu itu sekadar pembantu, kerja cebok berak, pakaikan baju, mandikan anak, suapkan makan, itu tugas hakiki ibu dan bapa.. itu cara untuk kuatkan bonding, dan itu adalah tanggungjawab.

Malang sekali, 2 bulan sy tinggalkan tugas itu i feel sooo jauhh dgn my son.😭 dia lebih mau dgn dadynya x mengapa, masalahnya dia lebih mau dengan pengasuhnya.. 

Kesimpulannya.. 
Jarakkan kelahiran sekurang2nya 2 tahun bukan sahaja untuk kesihatan tetapi untuk mengelak dari keadaan emosi yg begini...  supaya bonding dgn anak cukup rapat, Sekadar pendapat sahaja..🙁

Apapun momma love u onet adik ditdit...  syg  Sangat2...

Friday, January 27, 2017

Pembukaan semula blog.

Hai pembaca, oleh kerana sy telampau aktif post panjang2 di wechat, ada baiknya sy buat post santai dalam blog.  malas tulis cantik2, anggap saja blog ini mcm buku conteng tulisan syok sendiri. aahaaha..

fyi, blog ini akan bersepah cerita pasal ditdit dan onet.  my son.. Bila besar nanti boleh la diorang baca coretan mama mereka ini..  hihi..   

Sebenarnya blog ini sudah tua, sy buat dr tahun 2010 tp oleh kerana post2 sebelum kelihatan sangat la mcm budak2 jd saya padam la semua..