Monday, January 30, 2017

Pencapaian hidup

Ok hari ini jalan jauh tidak tahu berapa Km keningau-ranau tu.  2 jam perjalanan.  Ada family day yang pada awalnya tidak rasa mahu pergi ( teruk btl perangai). Pendekkan cerita kami ditakdirkan untuk pergi.  hahahaa... 

Family day tersebut agak boring sebab rasanya macam pg dengar ceramah. sorry penganjur kerana terpaksa berterus terang. walau apa pun sepanjang mendengar 'ceramah' tadi tiba-tiba terinspirasi pula dgn pakcik penceramah tersebut.  wahahaha...  bukan apa, sebenarnya saya nampak ini pakcik penceramah ni rupa dia macam pakcik kampung2 pegang cangkul atau pacik reban ayam..  ehh..  bkn menghina ah... Bapa sy pun keja pegang cangkul jg..ada  reban ayam lagi. Tiba-tiba  my mom berbisik.. "dia ni doc, ada phd" I was like...  woww😱. Saya memang kagum dengan orang yang ada PhD ni.  Gigih betul kau belajar geng.  Belajar setinggi itu pernah jadi impian saya suatu ketika dulu. Mimpi tinggal mimpi. Dalam ucapan dia tu sempat lagi dia perkenalkan beberapa orang yang ada dalam dewan tu Lawyer, ketua itu ini..  banyak lah lagi.. Lepas tu saya tengok wajah husband sy d sebelah dengan spek mata hitam dia penuh gaya.... Sebenarnya sbb mata dia silau tinggi..(konon) Dalam hati terdetik, begaya gaya kau begitu apa pencapaian terbesar dalam hidup ko? Saya? Kita?

Pencapaian terbesar dalam hidup sy setakat ini ada lah...  heheeheeheheh... 

Mungkin, kita tidak perlu membandingkan pencapaian orang lain dan diri kita sendiri kerana setiap manusia itu punya rezeki dan jalan hidup sendiri yang telah ditentukan Allah Swt.

Ada orang belajar setakat SPM, tapi rajin kerja hingga mempunyai berhektar tanah dengan tanaman sawit. (uncle)

Ada orang ditakdirkan tidak habis sekolah, tapi mahir dalam bertukang sehingga boleh bina rumah sendiri dengan tangan sendiri..  hingga dapat bayar tanah dengan kudratnya. Hingga anak2nya boleh berteduh dengan selesa. Berapa ribu jimat? (my dad)😘

Ada ibu yang berhenti kerja utk jaga anak dapat membesarkan anak hingga anak2nya semua berjaya dapat pekerjaan yang bagus.  (aunty)

Apa lagi arh...  eii.. Banyak la bah jenis pencapaian manusia ni.  bukan lah pelajaran semata-mata..
Ilmu itu luas, jika ada yg lebih luas dari lautan begitu lah luasnya ilmu..
Cuma apabila kita punya sijil, orang akan memandang kita dengan satu pandangan berbeza dari ilmu manusia yang tiada sijil.

Bagaimanapun hidup, walau ku kira tidak perlu membandingkan takdir kita, sekurang-kurangnya cipta sedikit wawasan atau matlamat hidup dan usaha lah untuk merealisasikannya..  Tdk kira lah besar mana matlamat itu..  ingin penuhkan tabung duit syiling hingga bulan dec tahun ni pun kira matlamat la tu..  klu brjaya penuh kira besar la pencapaian ko tu.  ngeh ngeh ngeh..

Setakat hari ini, apa pencapaian terbesar dalam hidupmu?? 😉

No comments:

Post a Comment